hari ni aku pergi KFC, makan sesorang sebab member aku sume ada keje. Aku taktau nak melantak apa so aku pegi sorang-sorang.Emo.Memang bosan, start dari aku melangkah masuk je aku dah dapat rasa satu aura yang tak seronok dah.Bukan apa, ramai orang, line panjang gile. Aku amik line yang paling ramai orang, ramai sebab kapel-kapel duk pegang peluk sambil tunggu turn nak order makan. Sampai turn aku, pelayan tu buat muka. Aku tak tau lah sebab apa, sebab aku pakai macam orang takde duit ke atau sebab aku terkial-kial buat order. Nak tunjuk muka ape hal? kalau aku takde duit aku tak makan KFC hari ni.Dan kalau aku lambat order sekalipun, duit gaji dia kena potong ker? Sama je kan?
Dah dapat order aku, aku pergi la cari seat.so aku amik seat paling tepi, memang seat feveret aku.Kat sebelah aku ada lah kapel indon, depan aku plak ada satu keluarga melayu. Dan yang paling best ader 2 orang awek cun kat depan kapel indon tadi.Tengah aku duk melantak ayam tu, aku jeling-jeling la kat 2 orang awek tu. Pergh,,boleh tahan makan. Maksud aku, pelahap nak mampus.Penampilan dah ala-ala ayu dah, tapi KFC punya pasal, mencekik tak ingat.Takut sangat ayam dia diambil orang.
lupakan 2 awek tu. memang bukan taste aku pun. yang aku nak story sebenarnya pasal keluarga melayu kat depan aku ni. Diorang ni asyik pandang-pandang kat kapel indon tu. Ntah apa salah diorang pun aku tak tahu. Nak kata cara pemakaian, lagi tertutup dari anak makcik tu. Makcik tu anak beranak duk jeling-jeling, bisik-bisik sambil pandang-pandang kat kapel indon tu. Kapel indon tu pun perasan, cepat-cepat blah dari situ. Tak faham la aku. adakah sebab diorang indon, diorang tak layak nak makan KFC? atau adakah sebab kerana seorang indon,maka indon lain turut kena sama? awek dia pakai tertutup la, tudung labuh. Tak macam anak makcik tu yang terang-terang bagi mata aku tengok.Ni lah orang melayu, walaupun bukan semua, tapi masih ada segelintir yang macam ni. tak boleh tengok orang lain senang, anak orang lain dijeling dibisik, anak sendiri hidup tak cukup baju.
ps: makcik tu pun pakai tudung yang stail indon tu, tapi mata tajam macam dialah pemilik KFC dan kapel indon tu tak patut dapat makan KFC.ntah ape-ape.

1 comment:
isk...tak baiknya camtu!
:(
tak patot...tak patot.
Post a Comment